Jumaat, 29 Julai 2011

Apam Polka Dot

Saya tertarik denga Apam polkadot ini bermula dengan sms kawan saya yang memberi resepi apam nie..excited nak cuba...dan resepi dibawah dari seorang kawan,resepi dibawah boleh menghasilkan lebih kurang 150 ++ apam..

Maka dengan sedaya upaya sy rajinkan diri duduk kat dapo,tp serius cakap memang penat buat apam ni,rasa-rasa 3kali je saya wat apam nie..memang angkat tangan!!!!

Nie sume sebab saya xda bakat @ skill pada kuih-kuih nie,pandai makan je.
Sebenar da banyak kelas wat kuih saya pegi tp tak pandai-pandai.

sedia untuk dikukus selama 10 minit

sedang men dot-dot apam dengan warna pink..


tengah meletakan filling perasa blueberry


hasilnya setelah dikukus 10 minit

RESEPI APAM POLKADOT

bahan-bahannya.
6biji Telur yang disejukan dalam fridge
550gm Tepung Gandum
6 sudu kecil Serbuk Penaik
2 sudu kecil Ovalatte
400gm Gula Halus
500ml Susu Segar
Esen Vanilla
filling dan perasa dan pewarna ikut citarasa sendiri..filling boleh dibeli dikedai barangan membuat kek..

Cara- cara membuatnya:-

1. Pukul telur dan gula sampai kembang gunakan mixer.
2. Masukan Tepung Gandum yang telah diayak bersama serbuk penaik dan masukkan berselang seli dengan susu segar.
3. Masukkan Ovalatte dan Esen Vanilla..gaul sebati mengunakan mixer..
4. Bolehlah adunan dibahagikan mengikut warna yang digemari,contoh gunakan pewarna pink dengan filing strawberry dan buatlah polka dot warna putih..
5. Masukan adunan dalam paper cup, masukan filing dan setelah siap semua bolehlah mula membuat polkadotnya
6. Kukus dengan api yang sederhana selama lebih kurang 10-15 minit..

* apam ini tak sesuai disimpan didalam fridge kerana akan menjadi keras..
* kalau tak mau mengunakan esen vanilla boleh cuba petua ini,kacau telur sebentar dan tapis,barulah telur dipukul dengan gula.