Isnin, 29 September 2014

Pucuk Ubi Goreng Pedas

Sape suka makan pucuk ubi???
Memang geng saya...

Macam-macam kita boleh buat dengan pucuk ubi,masak lemak putih,masak lemak cili api,rendang pucuk ubi,urap pucuk ubi,goreng garing pucuk ubi,atau celur je pucuk ubi makan dengan sambal belacan,nyum,nyum..

Fav saya pucuk ubi goreng pedas.Memang kalau makan beselera jek...mau 2pinggan nasi rasa macam xcukup..
Pada yang tak penah lagi masak pucuk ubi goreng pedas boleh try resepi kat bawah ye,

BAHAN-BAHANNYA

1.PUCUK UBI-pilih pucuk muda,basuh dan        toskan.

2.bahan diblend
- 4 LABU BAWANG BESAR
- 4 ULAS BAWANG PUTIH
- 20 ULAS CILI API-ikut suka ye
- SEGENGGAM IKAN BILIS


 Tengok banyak kan pucuk ubi tu


 Tapi bila da pilih pucuk muda je,niela yang tinggal.


Bahan-bahan yang sudah diblend

BAHAN-BAHAN LAIN

3. MINYAK MASAK
4.GARAM dan AJINOMOTO

CARA MEMASAKNYA.

1.Panaskan minyak,mesti banyak tau,resepi ni memang menggunakan minyak yang banyak,bila da panas bolehla tumis bahan-bahan yang sudah diblend tadi sampai pecah minyak,masukan garam dan ajinomoto.


2.Bila cili dah masak,masukkan pucuk ubi,kecikkan api dan gaul rata,jangan leka,kalau leka mau hangus daun pucuk ubi ni.


3.Bila rasa macam susah je nak kacau pucuk ubi,bolehlah masukan minyak masak lagi.


4.Bila minyak dah banyak,senang je pucuk ubi nak layu,boleh pilih nak sekadar layu dan lembut ataupun boleh masak sehingga pucuk ubi menjadi garing,tp kena behati-hati jangan sampai hangus.

5.Bila dah masak,bolehlah kita angkat dari kuali,bolehla kita buang minyak yang belebihan.
Sudah siap untuk dimakan.

Nampakkan minyak berlinang-linang,seeloknya dibuang lagi minyak tu.

Tara!! Nilah dia rupa pucuk ubi goreng pedas.
Pada yang tak tahan pedas bolehlah letak cili ikut suka.

Pada yang tak suka ikan bilis boleh gantikan dengan belacan ye.

SELAMAT MENCUBA


Tiada ulasan:

Catat Ulasan