Sudah lama saya tak bekongsi pengalaman jalan-jalan dan resepi fav saya.7tahun blog ni wujud,Hampir 3tahun blog ni sepi tanpa sebarang cerita,da banyak sawang da blog nie.cuma yang ada saya menjual resepi,terima kasih kepada mereka yang sudi membeli resepi ye.
Dari semalam Sabtu 13hb September tiba-tiba rasa rindu nak bekongsi pengalaman kerana saya juga suka blogwalking blog lain terutama bila nak pergi ketempat baru,sudah pasti ianya amat membantu dalam usaha saya mencari tempat menarik dan tempat makan yang best..saya suka baca pengalaman blogger lain.
Saya berazam mahu lebih rajin bekongsi pengalaman diblog ni,hehehehe,harap-harap bejaya,saya kena pandai mencuri masa setelah dari Isnin ke Jumaat sy bz dengan biznes kain saya kat hirisfuschia.blogspot.com
Saya buat keputusan hari Sabtu dan Ahad adalah hari santai saya tanpa sebarang tekanan kerja,tapikan bila da biasa wat keja rasa janggal lah pulak bila dapat rehat-rehat.
Sempena azam baru,saya nak kongsi pengalaman ke Johor,plan nak pergi JPO,
tapi nak singgah dulu ke Rengit,dah alang-alang lalu kan,rugi lah pulak kalau tak singgah,
pada yang biasa dengar mungkin sudah tahu tapi pada yang tak biasa,Rengit adalah pusat penjualan barang-barang terpakai dari Singapore,boleh kata semua ada dari peralatan elektrik,perabot,basikal,peralatan rumah dan macam-macm lagi.Penjualnya terdiri dari Kaum Asli Rengit.
Pemergian saya kali nie memang tak dirancang,saya memulakan perjalanan pukul 2 petang dari Negeri Sembilan,kalau dirancang memang akan betolak pagi-pagi lagi.Disebabkan terasa macam masa begitu mencemburui saya,ati jadi berdebar sempat ke tak sempat nak g JPO dan Rengit,jadi perjalanan dimulakan dengan Waze supaya kami dapat pilih jalan yang tepantas untuk ke Rengit.dan sudah semestinya setiap kali ke Rengit kami tak penah lalu jalan yang sama,hehehe,memang da banyak Parit saya lalu.
Keadaan highway ketika lalu diMelaka,
Alhamdulillah jalan lengang.
Setelah masuk sempadan Johor lagi rasa happy coz da makin hampir dengan sasaran.
Kami telah masuk exit Yong Peng Utara,dan seterusnya keluar arah kanan dari Plaza Tol,setelah itu untuk sampai ke Rengit tak tau berapa kali masuk simpang kiri dan kanan melalui banyak parit,yang penting dapat tengok pemandangan dikampung orang,tp telupa lak nak amik gambar.
Setelah 2jam 15minit sampai juga ditempat nak dituju.
Yeay!! Da sampai Rengit
Tempat pertama yang harus dikunjungi Pasar Awam Rengit untuk membeli ikan-ikan.
Buat pengetahuan Rengit teramatlah dekat dengan laut,jadi hasil lautnya amat segar dan agak murah.
Keadaan Pasar Awam Rengit.
Tengah nak letak air batu nak simpan ikan-ikan dalam bekas .
Brother ni sangat baik hati,telupa pulak nak tanya nama,dahla bagi air batu percuma,tolong masukkan ikan dalam bekas pas tu siap angkat lagi..tqvm
Misi tercapai,dapat beli ikan kerisi, kembung, bawal,parang dan 3jenis lg tak tau nama ikan tue.saya juga sempat membeli sebungkus siput sedut dan sebungkus lagi siput yang tak ingat nama,makcik yang menjual bagitau sedap rebus letak garam je,dan dapat juga beli pisang RM8 je,kalau kat tempat saya mau bebelas RM.
Budjet membeli kat Pasar ni cuma RM120.
Settle bab ikan,jom g tengok barang tepakai pula,jalan terus dari pasar kita akan jumpa deretan kedai kiri dan kanan jalan, penuh dengan barang-barang tepakai,kata kuncinya,
kita kena pandai memilih,membelek,melihat,
menyelongkar dan tawar menawar.
Semasa sampai cuaca xdalah panas,tapi bila start bejalan,peluh rasa mencurah-curah,redup jangan disangka tak panas.memang rasa haus sangat.
Penuh satu kedai,yang penting anda kena rajin memilih,kadang-kadang tak sangka kita jumpa benda yang unik dan murah.memang kalau nak betul-betul puas hati kena datang dari pagi.
Untuk anak kecik
Tengok tv tu besar gedabak,
harga dari RM300 keatas
Ni kat rumah kedai
silalah menawar untuk dapat harga cun.
fridge ni pulak dari RM250
Kipas-kipas megah berdiri,hehehe
Motor ni owner kedai bukak harga RM250.
Dari pengalaman saya,ketara juga perubahan harga barang jualan,tp masih ada yg beharga rendah,yg penting kena rajin merayau ke semua kedai,ada juga barang yg beharga RM30,kita boleh dapat cuma RM10 dikedai yg lain.
Semasa saya sampai ramai gak pasangan muda datang membeli barangan rumah seperti washing machine,pada yg nak jaga bujet, baru berumahtangga dialu-alukan datang kesini.byk perabot Ikea dijual kat sini.Ramai gak datang dari Jb untuk borong perabot jati.
Maybe bagi separuh orang rasa tak begitu selesa nak membeli barangan terpakai,pada saya tepuk dada tanya selera,tepuk poket tanya budjet,saya xda masalah,asal dapat barang saya suka,tak kisah baru atau lama,yang penting,
perasaan apabila dapat barang kita suka.
Banyak lagi kedai dan barang-barang yang dijual tp saya rasa xterdaya nak ambik gambar tp Insya Allah bila pergi lagi saya akan usahakan amik gambar untuk tatapan anda.
Saya hadkan masa hingga pukul 5.30pm untuk berada di Rengit.Last sebelum gerak ke JPO,saya beli tempe goreng cicah kicap,memang sedap,
pada sesiapa orang Johor,kalau ada yang sudi boleh lah ajar saya macamana resepi kuah kicap.da try buat tapi xjadi macam orang Johor punya.
Ok set Waze semula nak gerak ke Jpo,cuma 40minit dari Rengit.tp sepanjang perjalanan singgah pulak beli duku 6kg RM10 kat amoi tepi jalan.
Jalan terus,setelah belok kiri,terjumpa pasar malam tepi jalan.org berniaga cuma dikiri jalan,singgah sekejap nak beli sayur-sayur kampung pulak,dapatlah pucuk pegaga dan meranti kampung,xlupa nak beli timun nak masak kerisi dengan taucu.
Ok nak teruskan perjalanan dah.oppss!!! Behenti lagi,hehehe,nampak cendol dan tapai ubi,cendolnya lain dari yang biasa sy minum,xtaula dia guna gula apa,likat.Cendol RM2 1 Cup,tapai ubi cuma RM1.
Bagi saya memang murah-murah harga makanan kat sini.
Ok pas ni xmau da behenti lagi,nak kejar masa okay!!macam biasa setelah masuk kiri dan kanan simpang,akhirnya jumpa susur keluartke highway.
Tepat pukul 7pm,saya selamat sampai JPO,makan dulu bagi kenyang supaya ada tenaga,buat apa yang patut terus mulakan langkah.
Masuk je dalam JPO saya mulakan langkah seribu coz cuma ada masa 2 1/2 jam sebelum tutup,tapi bayangkan manala cukup masa tu,pas kuar masuk kedai,saya masuk Victoria's Secret,
agaknya sebab tadi da wangi sangat g pasar,badan da bepeluh,saya agak lama disini,tambah harga memang ok.
akhirnya bila da pening bau macam-macam bau,saya pilih Victoria's Secret Angel yang cuma beharga RM51.50.NP RM103,Diskaun 50%.
Saya memang xsempat amik gambar sebab kesuntukan masa,saya berada disana sehingga kedai tutup pukul 10malam.
Walaupun perjalanan tak dirancang tapi saya dapat juga pergi ke Rengit dan Jpo.
Saya dapat beli apa yang saya nak,hasilnya saya amat berpuas hati walau masa terhad.
Yang penting balik rumah dapat bawak ikan,boleh masak-masak.
resepi sambal kicap johor
BalasPadam-bawah putih 2 ulas
-cili padi 4 batang (boleh adjust ikut nak pedas)
-gula setengah sudu
tumbuk semua pastu tuang kicap..
kalau nak letak kacang tanah pon boleh...tapi yang mmg sedap kalau di tumbuk..kalau blend dia rasa pahit skit..
Wah nak cuba ni,terima kasih
BalasPadam