Khamis, 28 Mei 2015

Bundle Khlong Ngae @ Krongek, Thailand


   
    Booking.com


Banyak dah cerita yang dicoretkan oleh blogger- blogger tentang pengalaman mereka ke HatYai tapi saya nak cerita pula versi saya, lain orang lain kisahnya kan.

Saya sudah ke Hatyai dengan menaiki Keretapi Senandung Malam dari Kl Sentral dan juga penah ke Hatyai menaiki kereta.

Kali nie nak cerita pengalaman naik bus dan kereta. Gambar - gambar dalam ni memang ada 2 versi, jangan keliru.

Dah tentu perjalanan saya bermula dari Seremban. Biasa sehari sebelum bertolak baru saya pergi beli tiket di Kaunter Bas Terminal One, Seremban, pilihan saya mestilah Single Seat, baru la privacy konon-kononya, tiket tak sampai RM50 pun. Ingat nak beli Online tapi harga beza sangat. Tip nak cepat sampai belilah tiket direct, nie sbb saya ada pengalaman ngeri naik bas 9jam ke Sungai Petani sebab tak tanya betul-betul kat kaunter, sekali terbeli tiket yang bas singgah amik penumpang di Kajang, ada aksiden pulak nak keluar highway kat Bangi, belama-lama tukar bas penumpang kat R&R, dia masuk Parit Buntar hantar penumpang, rasa rugi 4jam duk dalam bas.

Yang paling best saya naik bus direct dalam 4 jam lebih dah sampai Sungai Petani. Biasa bas malam Jumaat memang penuh ke Utara, ramai balik kampung untuk bercuti.

Di dalam Bas, Perjalanan yang berjam -jam, tak dapa nak tengok luar dalam gelap malam, mata pulak tak mahu lelap.

Biasa saya behenti kat Plaza Tol Sungai Petani Utara, bila sampai saya mandi siap-siap, sementara tunggu kawan saya Hafna datang jemput. Kami gerak berdua je dr Sungai Petani, kawan kami Dayah tunggu kat Padang Besar Perlis.

Bayangkan betapa aman damainya menaiki kereta dipagi-pagi hari, udara begitu nyaman tenang pikiran.

         Nampakkan hari masih gelap lagi masa nie.

Tujuan utama saya ke negara jiran kita Thailand adalah untuk ke Bundle dalam kebun getah di Ban Khlong Ngae, Sadoa. Dah dapat apa yang dihajat baru nak pergi jalan-jalan ke Bandar Hatyai.

Memang best tempat ni bagi peminat bundle macam saya, rambang mata xpayah citelah, dahlah murah dan ada banyak pilihan, size baju dan seluar pun ada, jadi takdalah putih mata.

Ok, sebelum masuk border pastikan anda membeli insurance kereta ye, ini sume untuk keselamatan kita satu kereta, murah jer x silap dalam rm17 untuk 7 hari.

Ni dia tempat kami beli insurance. Sila bawak geran kereta ye. Tanpa geran kedatangan anda sia-sia.Dan paling penting pastikan anda update Roadtax anda kat Jpj supaya imigresen Thailand membenarkan anda mastl, kalau tak memang putih mata.

Kat depan Changlun CNT Enterprise ni ada Pejabat atau Pusat Kesihatan, terlupalah pulak, sebelum traffic light menghala ke Sintok

Selesai semua urusan apalagi, kami segera gerak untuk menuju destinasi tujuan.

Saya pernah masuk ke Border menaiki kereta dari Padang Besar Perlis dan juga Bukit Kayu Hitam, masuk dari Padang Besar tersangatlah cepat berbanding di Bukit Kayu Hitam, Imigrisen PadangBesar tak sibuk takdalah nak beratur panjang-panjang nak cop pasport.

Dari peta kat atas boleh nampak jarak dari Padang Besar dan Bukit Kayu Hitam. Khlong Ngae ni merupakan Pekan kecil di tengah-tengah antara Sadoa (Danok) dan Hat Yai. Kini Khlong Ngae telah menjadi destinasi pilihan ramai pada hari sabtu.

Sedikit info, Hat Yai merupakan bandar ketiga terbesar di Thailand dan bandar yang terbesar di Songkhla Province. Sadoa pula lebih kita kenali sebagai Danok, kedua-tempat ini menjadi tumpuan ramai rakyat Malaysia, Singapore dan Indonesia.

Ban Khlong Ngae Lebih dikenali sebagai Khrongek,  Pasar Bundle ini hanya dibuka pada setiap hari Sabtu dari pukul 7 pagi ke 2 petang waktu Thailand, maknanya lewat sejam dari waktu di Malaysia, kat sana lebih dikenali sebagai Nat Talat, ada peniaga yang da bukak tapak pada malam Sabtu lagi. Ada juga info mengatakan kebanyakan barang kat sini datang dari Aranyapharatet. Kat sini betul- betul lubuk Bundle kepada pencinta Bundle. Sape pandai menyelam pasti dapat barang baik.

Sempat gak beborak dengan adik dr Pattani yang menjual beg, dia ada bagitahu jadual dia meniaga di Nat tempat lain tp telupa pulak harinya, yang saya ingat Had Yai dan Danok.

         .
 
Gambar didepan Border Bukit Kayu hitam, sebelah belakang saya Pekan Danok (Sadoa), kat Danok ada satu kedai yang menjual Pulut mangga yang sangat sedap tp macam biasa harga boleh tahan, paling tak boleh terima nasi ayam versi Siam RM10 sepinggan

Kali ni saya cerita versi masuk dari Padang Besar Perlis. Sampai je Padang Besar terus amik kawan kami Dayah kat Parking Kereta,  pas tu kami pun terus gerak ke Border.

Masa ni musim harum manis di Perlis., tapi pandang jelah, saya da plan nak beli mangga kat Khlong Ngae, nak ke border jangan lupa sediakan RM1 untuk bayaran di Imigresen Thailand.

1- Padang Besar - Khlong Ngae

Bagi mereka yang memandu kereta sendiri jangan lupa declare kereta anda ye, pergi ke kaunter khas, balik pun kena buat benda sama, manatau kot-kot ada yang lupa, Jadi pergi dan balik kena declare, bukan apa kita tak mahu ada masalah dikemudian hari.

Selesai urusan di Border, dalam 15minit je, kami pun da masuk PadangBesar Thailand.

Boleh kata jalan raya lengang, yang banyak kat jalan raya cuma lori-lori besar, jarang nampak kereta, boleh dikira dengan jari, dalam agak-agak tak sampai 20 minit kami pun sampai  ke Nat Talad yang popular ni, mulalah tak sabar rasa nak jejak Pasar Krongek nie, alhamdullilah parking senang hari ni, masuk simpang terus jumpa parking.

Bila dah sampai kat Krongek nie, pasti kita nampak getah keping yang sudah diproses, kat kedai-kedai yang behampiran Talad Nad nie, tapi tak ada pulak bau menyengat hidung.

Sampai je sini cepat-cepatkan aktifkan no sim Thailand, paling best sim saya belum expired lagi dan yang paling mengembirakan Facebook dan Telegram percuma ye, WhatsApp tak dapat lah, kena topup dulu, Saya guna Sim Kad Happy Tourist, sim kad ni memang sesuai untuk pelancong.



Kat Thailand ni bagi saya memang jimat kaw-kaw penggunaan internet, masuk corok mana pun tetap ada line, siap boleh hotspot tanpa bimbang dan ragu data cepat habis. Bestkan kalau kita kat Malaysia dapat harga data internet murah-murah.

Bagi yang sama kerjaya dengan saya iaitu meniaga online, jika berada di Thailand serius cakap anda tak perlu risau tentang bisnes anda, data internet tiptop dan laju macam guna Unifi atau Streamyx.

               
                         Signboard Khlong Ngae

Haa, betulkan dalam kebun getah, rare lah sangat kan, kalau bawak pisau menoreh getah, dah boleh menoreh dah.

   Khemah bawah pokok getah di bundle Krongek

        Berlonggok-longgok baju menanti dipilih

   Besarnya, milik siapakah baju ni sekarang yek.

Walaupun dalam kebun Getah tapi panasnya ya ampun!!! Mau basah baju. Thailand nie panasnya lain macam, kalau tak tahan boleh pitam, jangan lupa pakai topi atau payung dan pakai sunblock, memang boleh jadi gelap muka, rasa terbakar pun ada.

Tapi tak sume dalam kebun getah, yang lain ada depan kedai-kedai.

Kat sini kena pandai memilih dan menawar sebab ada seseparuh peniaga memang tekan harga, jadi tawar selagi boleh tapi janganlah sampai peniaga tu tak dapat untung, dorang meniaga nak cari rezeki gak.

Bab bahasa tak da masalah sebenarnya, bahasa utama pastilah bahasa siam tp disebabkan ramai jugak peniaga dari Pattani, jadi bahasa melayu boleh digunakan, macam biasa kalau dah macam ayam dan itik, kalkulator jd bahasa utama. Kat sini urusniaga dalam baht.




Pekara pertama harus dibuat bila sampai, mestilah isi perut dulu, bagi nafsu membeli kurang sikit tapi alasan sebenar perut nie dah minta diisi.

Singgah 7E beli kopi mocha dan yang wajib mestilah Burger Halal 7E.

                
Pastikan ada tanda halal, kalau takda tak dapat dijamin kehalalannya coz ada macam-macam perisa, burger ni rotinya sangat lembut dagingnya sangat juicy, selera saya pastilah yang pedas.

Burger ni punyalah sedap sampai penah kitaorg senyap dalam kereta dapat makan burger ni..

Yang tukang kenalkan Khlong Ngae dan Burger ni kawan yang saya panggil Arab, orang Penang, dia yang rekemen burger ni semasa kami singgah di 7E dalam perjalanan dari Bangkok ke Aranyaphratet di Sempadan Poipet Kemboja.

Nie blog dia

Pas tu memang pantang nampak 7E mesti nak sambar burger ni, balik Malaysia pun da jadi giler bayang, nampak 7E je nak masuk tp silap negara daa...

Masa ni makan Burger kat gerai makan depan 7E Khlong Ngae sementara tunggu makanan siap.


Haa, nilah Geng Khlong Ngae saya, Sorang duk Sungai Petani dan sorang lagi duk Arau Perlis, jauh-jauhnya kawan saya nie, sesekali berjumpa memang best.

Peratikan air dalam paper cup hijau tu, tulah kopi yang sengaja saya campur mocha + latte yang buat perut saya meragam dan kepala bepusing.

Maunya tidak, tak makan apa dekat 12jam tiba-tiba minum kopi dwi perisa.

Kami pekena nasi lauk ayam dan telur, boleh tahan rasanya, Harga 500 bhat.

Masa bfast ni ada gak borak dengan mamat dari Kedah, peminat bundle gak agaknya, nampak depa sume banyak gak shopping.

Pas bfast baru kami mula shopping kat pasar ni, tapi sayang tak banyak pic saya amik masa kat sini, leka pandang kiri kanan, lagipun perut tak selesa jadi rasa malas nak pegang handphone.

Tengok kasut-kasutnya, selambak atas plastik harga dalam 350baht, saya dah try mintak kurang memang tak dapat, berbagai jenama ada

Pilih punya pilih, last rembat Puma kat atas, harga 350baht.

Beg kat sini cantik-cantik tapi rege da masuk ratus, macam tak berbaloi jer, jadi ambik gambar je pun jadilah.

Bekenan sebenarnya dengan bag tu tp harga memang xboleh belah, memang hi hi bye bye lah.

Ada satu tempat lain yang murah-murah, kalau pandai memilih boleh dapat 3bag 100 bhat.

               
             Nie bag hasil menyelam di Khlong Ngae.

               
                          Bag ni beharga 50baht.


        ni area belakang memang dalam kebun getah


                

                       

Kat sini bukan sahaja ada jual baju, seluar, mainan, beg, barang antik, kasut tetapi bermacam-macam lagi barangan,jangan terkejut jika ternampak pakaian dalam terpakai, sanggup atau tak je nak membeli.

Di bahagian kiri terdapat barang-barang basah termasuk buah-buahan, ikan, ayam dan sayur-sayuran, saya jugak ternampak katak yang sudah dibuang kulit, apalagi tutup mata jalan laju-laju, ramai juga yang menjual kuih muih, ayam goreng dan air.

Sebagai orang dapur, bila nampak sotong, udang, ikan dan sayur-sayuran segar mulalah ada rasa geram nak memasak, kalau ada dapur time tu gak saya masak terutama bila tengok harga memang kategori murah.





Saya sempat membeli sepeket besar cili api siam cuma 20baht, jambu batu 4biji cuma 20 bhat, mangga tak payah cerita memang murah sesangat.

Sayang saya dah terpadam gambar-gambar yang akan mengembirakan hati surirumahtangga.

Saya janji pergi lagi nanti saya amik gambar banyak-banyak.

Datang sini kami pasti singgah ke sebuah kedai makan nie, nama kedai tak perasan pulak.


Bukan apa selain makan, boleh jugak rehatkan badan dan hilangkan dahaga minum limau ais dan paling penting boleh tumpang tandas. Makanan kat kedai nie boleh tahan sedap, harga standard  makanan kat Thailand..Cha Yen kedai ni pun boleh tahan, owner pun ok.

Bila ramai peniaga dah mula bekemas barang jualan, kami pun jalan seround lagi kot-kot jumpa yang bekenan lagi dan selesai membeli kami terus gerak menuju ke Hadyai.

Hat Yai ikut simpang kanan dari Pasar Khrongek.

Dari Ban Khlong Ngae nak ke Bandar Hat Yai tak jauh sangat, dalam 27 km, tak sampai 1/2jam jer dah sampai ke Bandar Hat Yai, sepanjang perjalanan kiri kanan boleh kata banyak pokok getah, ramai juga peniaga menjual buah tembikai dan nenas dipondok kecil tepi jalan.

Nanti ada masa saya update kisah jalan- jalan kat Hat Yai, termasuk Floating Market.

(nantikan sambungan)

Nak booking hotel kat Hatyai 

⬇⬇⬇⬇⬇⬇